Peserta Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)

Semua negara yang bergabung dengan FIFA layak untuk memasuki proses kelayakan bersama untuk kedua-dua Piala Dunia FIFA 2026 dan Piala Asia AFC 2027 Kepulauan Mariana Utara, yang bukan ahli FIFA, akan menyertai pusingan play-off kelayakan Piala Asia AFC 2027.[3]

Undian bagi pusingan pertama dan kedua kelayakan bersama telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Julai 2023.[2] 26 pasukan yang menduduki kedudukan teratas diberi bye ke pusingan kedua, manakala 20 pasukan yang memasuki pusingan pertama telah diagihkan ke dalam dua balang 10 pasukan setiap satu dan diundi secara bergilir-gilir dari balang 1 kemudian balang 2 untuk membentuk pertembungan. Pasukan dari balang 1 akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama dan pasukan dari balang 2 akan menjadi tuan rumah pada perlawanan kedua. Balang 1, 2 dan 3 untuk undian pusingan kedua mengandungi pasukan yang masing-masing menduduki kedudukan 1–9, 10–18, dan 19–26, manakala balang 4 mengandungi pemegang tempat untuk sepuluh pertembungan pusingan pertama. Pasukan telah ditarik dari balang 4 terlebih dahulu dan diletakkan di posisi 4 setiap kumpulan. Selepas 9 pasukan ditarik, pemegang tempat yang tinggal dari balang 4 diletakkan di dalam balang 3. Pasukan kemudiannya ditarik ke dalam setiap kumpulan dari balang 3, 2, dan 1 untuk melengkapkan kumpulan.[2]

Dari Kedudukan Dunia FIFA Julai 2023[4]
ye ke pusingan keduaBersaing di pusingan pertama
Balang 1Balang 2Balang 3Balang 1Balang 2
  1.  Jepun (20)
  2.  Iran (22)
  3.  Australia (27)
  4.  Korea Selatan (28)
  5.  Arab Saudi (54)
  6.  Qatar (59)
  7.  Iraq (70)
  8.  Emiriah Arab Bersatu (72)
  9.  Oman (73)
  1.  Uzbekistan (74)
  2.  China (80)
  3.  Jordan (82)
  4.  Bahrain (86)
  5.  Syria (94)
  6.  Vietnam (95)
  7.  Palestin (96)
  8.  Kyrgyzstan (97)
  9.  India (99)
  1.  Lubnan (100)
  2.  Tajikistan (110)
  3.  Thailand (113)
  4.  Korea Utara (115)
  5.  Filipina (135)
  6.  Malaysia (136)
  7.  Kuwait (137)
  8.  Turkmenistan (138)
  1.  Hong Kong (149)
  2.  Indonesia (150)
  3.  Taipei Cina (153)
  4.  Maldives (155)
  5.  Yaman (156)
  6.  Afghanistan (157)
  7.  Singapura (158)
  8.  Myanmar (160)
  9.  Nepal (175)
  10.  Kemboja (176)
  1.  Makau (182)
  2.  Mongolia (183)
  3.  Bhutan (185)
  4.  Laos (187)
  5.  Bangladesh (189)
  6.  Brunei (190)
  7.  Timor-Leste (192)
  8.  Pakistan (201)
  9.  Guam (203)
  10.  Sri Lanka (204)

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC) https://web.archive.org/web/20170110231324/http://... https://www.fifa.com/about-fifa/news/y=2017/m=1/ne... https://www.the-afc.com/en/national/fifa_world_cup... https://www.fifa.com/fifaplus/en/tournaments/mens/... https://www.fifa.com/tournaments/mens/worldcup https://www.the-afc.com/en/national/fifa_world_cup https://www.the-afc.com/en/national/fifa_world_cup... https://www.the-afc.com/en/more/afc_competitions/n... https://web.archive.org/web/20230522064114/https:/... https://assets.the-afc.com/downloads/calendars/AFC...